NOTA ISU PERKAUMAN DI MALAYSIA DAN LANGKAH MENGATASINYA

05/09/2018

ANTARA ISU PERKAUMAN YANG PERNAH BERLAKU IALAH :

Peristiwa Kampung Medan 2001
Berlaku pergaduhan setempat antara orang-orang Melayu dengan orang-orang India di Kampung Medan yang tercetus pada 8 Mac 2001 berlarutan sehingga 12 Mac 2001. Terdapat beberapa faktor utama yang mencetuskan tragedi di Kampung Medan iaitu:
  • Masalah sosio-ekonomi seperti perumahan, kekurangan kemudahan awam masyarakat miskin bandar (Melayu dan India) yang dipinggirkan daripada projek-projek pembangunan. Keadaan ini mewujudkan kesan psikologi yang tinggi.
  • Isu-isu yang berkaitan dengan polarisasi perkauman di kawasan tersebut yang tidak dapat diselesaikan oleh pihak berwajib.
  • Perbuatan anasir luar yang ingin menganggu ketenteraman di kawasan tersebut dan mewujudkan ketidakstabilan politik.
  • Masyarakat Melayu di kawasan tersebut telah hilang sabar terhadap sikap anti sosial sekumpulan remaja India dan mereka ingin memberi suatu pengajaran.
  • Pengaruh parti politik yang sengaja memperbesarkan perkara-perkara kecil.
  • Ketidakmampuan Kerajaan Negeri dan Tempatan untuk menyelesaikan isu-isu pembangunan infrastruktur dalam masa yang singkat.
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI 
          Perselisihan faham antara kaum dapat dielakkan melalui perancangan beberapa program yang mewajibkan setiap kaum untuk melibatkan diri.  Program yang dilaksanakan perlu merangkumi aktiviti-aktiviti yang berunsurkan perpaduan.  Program penubuhan Sekolah Wawasan dan banyak lagi program-progrm yang lain perlu diperbanyakkan.  Program lain seperti rumah terbuka bagi perayaan-perayaan setiap etnik yang diamalkan dalam Negara kita juga perlu diperluaskan dalam seluruh Negara.  Program-program seperti ini diperlukan kerana, ini dapat memupuk semangat cinta akan tanah air kita sekaligus dengan melahirkan perasaan menghormati adat-resam kaum lain.  Hal ini akan menjalinkan hubungan yang erat antara masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum.  Semangat patriotisme yang akan dipupuk ini perlu dimulakan dari kecil lagi bah kata pepatah melayu, “ melentur buluh biarlah dari rebungnya”.  Ibu bapa perlu mendorong anak-anak untuk bergaul sesama masyarakat yang terdiri dari pelbagai etnik.  Masyarakat kita juga perlu bergaul, berkongsi pendapat dan membina kumpulan dengan masyarakat kaum lain.  Kita perlu sentiasa berusaha meningkatkan keupayaan bersatu dan berusaha menghindari segala faktor yang boleh memecahbelahkan kesepakatan.  Ia perlu diberi perhatian kerana masih wujud golongan yang berkepentingan untuk bermain dengan api sentimen perkauman dan agama.  Hakikat kita mampu mengekalkan cara hidup aman dan damai tidak boleh dijadikan alasan untuk kita terus berasa selesa.  Kita sentiasa berdepan dengan pelbagai cabaran dari dalam mahupun luar.  Justeru itu, kita perlu sentiasa berhati-hati agar tidak berprasangka buruk sesama kaum supaya mengelak sikap mementingkan diri.

KESIMPULAN
       Secara keseluruhannya, semua kaum perlu mengambil peluang dan berusaha untuk mengenali antara satu sama lain ini kerana setiap kaum mempunyai peranan dan fungsi masng-masing dalam pembangunan negara. Justeru,setiap kaum perlu saling bekerjasama dan menghargai peranan kaum-kaum lain. Oleh yang demikian, generasi muda perlu  bersama-sama mengekalkan keamana negara dengan menunjukkan sikap perpaduan yang jitu bagi mengelakkan prejudis antara kaum lain.

DISEDIAKAN OLEH : NUR HANIESYA BINTI FARID (30DIB18F1004)

No comments:

Post a Comment