AKTIVITI PEMBELAJARAN DI KELAS (5 SEPTEMBER 2018)

RABU (5 SEPTEMBER 2018)
~ Puan Hana telah menayang 3 buah video yang bertajuk ;
1) Sistem Penggiliran Yang Dipertuan Agong (https://youtu.be/BQK85SJvuE8)
2) Becoming a King (https://youtu.be/zNeE7gZxhqE)
3) A leader's legacy Tun Abdul Razak (https://youtu.be/Sp-9YSakj8g)
~ pelajar DIB1A menonton video yang ditayangkan oleh Puan Hana

RINGKASAN VIDEO
~ video pertama yang ditayangkan oleh Puan Hana mengenai sistem penggiliran Yang Dipertuan Agong. Ia menceritakan mengenai jawatan Yang Dipertuan Agong yang dilakukan secara bergilir-gilir setiap 5 tahun antara Pemerintah Negeri Melayu. Oleh itu sistem yang diamalkan di negara kebanggaan kita iaitu Malaysia dianggap sistem penggiliran yang sangat unik.
~ video kedua pula mengisahkan tentang kehidupan menjadi seorang raja yang dapat menaikkan nama negara dan menceritakan juga keadaan yang dialami oleh setiap raja yang memegang jawatan tertinggi ini.
~ video ketiga menceritakan kisah dan pengorbanan yang dilakukan Tun Abdul Razak dalam memperjuangkan negara Malaysia dan memerdekakan negara kita sehingga ke hari ini agar menjadi negara yang berjaya.

KESIMPULAN
Oleh itu, setiap rakyat haruslah bekerjasama dan berusaha untuk menjaga nama baik negara sendiri kerana memegang jawatan tertinggi seperti raja dan perdana menteri bukanlah semudah yang disangka. Mereka malahan sanggup berkorban jiwa tenaga dan masa untuk menaikkan lagi nama baik Malaysia. Walau bagaimanapun, kita sebagai rakyat Malaysia janganlah sewenang-wenangnya memandang rendah terhadap mereka malahan memaki hamun mereka seandainya mereka melakukan kesalahan kerana mereka juga manusia biasa yang diciptakan oleh Allah iaitu manusia tidak pernah sempurna. Akhir sekali, letakkan dalam diri kita sebagai rakyat yang dapat menyatupadukan dan tidak memecahbelahkan hubungan sesama sendiri.

Disediakan oleh ; Nur Alyaa Nadia Binti Zulkifli (30DIB18F1005)

No comments:

Post a Comment