AKTIVITI PEMBELAJARAN DI KELAS (26 SEPTEMBER 2018)

RABU (26 SEPTEMBER 2018)
Perkembangan Pendidikan Malaysia Dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.



  • Miss Hana menerangkan mengenai Perkembangan Pendidikan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan  di dalam kelas.
  •  Dasar pendidikan tahap awal memperkenalkan 'Rancangan Chesseman' pada tahun 1946.
  • 'Penyata Barnes' diperkenalkan pada tahun 1950 yang menyarankan persekolahan peringkat rendah digunakan sebagai dijadikan 'agen pembina bangsa Malaya'.
  • Kemudian Penyata Barnes dan Penyata Fenn-Wu disemak dan kemudian Ordinan Pelajaran 1952 diluluskan oleh kerajaan.
  • Dasar pendidikan peringkat kedua dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak Bin Hussein(yang waktu itu menjadi Menteri Pelajaran )
  • Mengeluarkan  satu penyata yng bernama 'Penyata Razak' pada 16 Mei 1956.

Perkembangan Hala Tuju Pendidikan Negara.
Antara contohnya:
  • Tahun 1988 UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) dimulakan.
  • Tahun 1964 SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dimulakan.
  • Tahun 1982 STPM(Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia) diambil alih oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

Pembentangan 3 Kumpulan Yang Telah Dibahagikan Tugasan Oleh Miss Hana Minggu lepas.


  • Setiap kumpulan membentangkan tugasan masing-masing mengikut tajuk yang telah diberikan.
  • Semua pelajar mendengar pembentangan dengan teliti dan tekun semasa di dalam kelas.
Kesimpulan :

    Daripada apa yang telah dipelajari semasa di dalam kelas pada minggu ini, didapati Sistem Pendidikan Kebangsaan di negara mempunyai pelbagai tahap.Pendidikan awal di Tanah Melayu adalah berbentuk tidak formal dahulunya.Namun kini, Sistem Pendidikan Negara kini lebih teratur berbanding masa lalu.Kita seharusnya bersyukur kerana kerajaan sangat mengambil kira dalam semua tahap seperti   pendidikan akademik , kemahiran dan lain-lain lagi.




Disediakan oleh: Nurul Afiqah Binti Rosli(30DIB18F1008)

No comments:

Post a Comment