AKTIVITI PEMBELAJARAN DI KELAS (3 OKTOBER 2018)

RABU (3 OKTOBER 2018)
Pada minggu ini, kelas Pengajian Malaysia diteruskan lagi dengan sesi pembentangan kumpulan 4,5,6 dan 7.


Kumpulan 4 membentangkan tajuk Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) 


  • Kerjasama ASEAN mencakupi pelbagai bidang seperti ekonomi, pendidikan keselamatan bersama kebudayaan, perindustrian dan sebagainya. 


  • Hasil dari pembentangan ini ialah kta dapat mengetahui tentang tarikh ASEAN ditubuhkan.
  • Objektif ASEAN ditubuhkan. 
  • Negara-negara yang terlibat di dalam pertubuhan ASEAN.

Kumpulan 5 membentangkan tajuk Organisation Of Islamic Conference (OIC)


  • OIC merupakan sebuah organisasi antara kerajaan yang kini dianggotai oleh 57buah negara islam daripada tiga rantau terbesar iaitu Asia, Timur Tengah dan Afrika yang jumlah penduduknya merupakan satu per lima daripada penduduk dunia.



  • Dapat mengetahui tarikh OIC ditubuhkan.
  • Dapat memahami peranan yang dijalankan oleh OIC.
  • Dapat.mendalami objektif kewujudan OIC ini.

Kumpulan 6 membentangkan tajuk KOMANWEL.


  • Hasil penubuhan KOMANWEL, Malaysia mendapat banyak faedah seperti pembangunan sektor pendidikan, pertahanan, ekonomi, teknologi dan sebagainya.



  • Dapat mengetahui matlamat utama penubuhan KOMANWEL.
  • Dapat mendalami konflik-konflik yang wujud.
  • Dapat memahami setiap rancangan atau tindakan yang dijalankan.

Kumpulan 7 membentangkan tajuk Penubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).


  • Penglibatan Malaysia dalam PBB memperlihat Malaysia mampu menjadi negara contoh kepada negara-negara maju dan membangun.



  • Dapat mengetahui tarikh dan prinsip penubuhan PBB.
  • Dapat memahami matlamat yang dijalankan oleh PBB.
  • Dapat mendalami peranan yang PBB jalankan.

Kesimpulannya, kita dapat mendalami dan memahami setiap tajuk yang dibentangkan dengan lebih baik iaitu ASEAN, OIC, KOMANWEL dan PBB. 

Disediakan Oleh : Fatin Syarina binti Misni (30DIB18F1023)

No comments:

Post a Comment