AKTIVITI PEMBELAJARAN DI KELAS (8 OGOS 2018)

8 0GOS 2018 (RABU)
Sesi pembelajaran dimulakan dengan pelajaran topik 4 iaitu Perlembagaan Malaysia

Pembelajaran dimulakan dengan penjelasan dan penerangan dari Miss Hana tentang topik 4 iaitu Perlembagaan Malaysia secara terperinci bagi memudahkan para pelajar untuk faham tentang topik ini
Miss Hana juga menerangkan Proses Pilihan Raya dengan membuka website http://www.spr.gov.my supaya kami mudah faham kerana di website ini penerangannya lebih jelas dan padat selain banyak info tentang pilihan raya yang boleh diperolehi.
VIDEO TENTANG PROSES PILIHAN RAYA TURUT DITAYANGKAN
https://www.youtube.com/watch?v=MERkVEtbsVE
RINGKASAN PEMBELAJARAN :
  • Perlembagaan ialah perkara penting bagi sesebuah negara yang berdaulat
  • Pembentukan Perlembagaan sehingga kini menjadi asas kepada perpaduan negara Malaysia
  • Setiap individu atau Warganegara Malaysia adalah tertakluk kepada undang-undang negara
  • Dapat mengetahui proses Pilihan Raya berlaku dan bagaimana terjadi dengan lebih mendalam dan jelas.

Kesimpulan
Melalui perlembagaan negara ini ditadbir dengan efisyen dan sitematik malah Perlembagaan melambangkan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka. Selain itu, pembentukan istimewa hak orang Melayu dan Bumiputera  secara tidak langsung telah berperanan memelihara kedudukan masyarakat Melayu sebagai penduduk asal negara ini. Lain daripada itu, setiap warganegara Malaysia mendapat tempat  dalam Perlembagaan negara. Tidak kira bangsa dan agama sekalipun, mereka tetap mempunyai kedudukan dan keistimewaan tersendiri oleh itu, setiap bangsa perlu menghormati keistimewaan bangsa-bangsa lain hal ini menunjukkan bahawa Malaysia adalah sebuah Negara yang harmoni.

DISEDIAKAN OLEH : NUR HANIESYA BINTI FARID (30DIB18F1004)

No comments:

Post a Comment